ZIKIR

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAHALLAHUAKBAR LA ILA HA ILLA ALLAH

Sunday 19 June 2016

assalamualaikum...... saya rase macam nak karang novel....sape nak bace...hee^^

Thursday 17 December 2015

KHAS UNTUK MYFANS >> MOVIE MAKER "SYURGA UNTUKMU IBU"



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT,KAWAN.TEMAN SEMUA ....
untuk tugasan MTE3012 kali ini ialah mencipta Movie Maker.

Terdetik di mainan fikiran saya untuk menghasilkan sebuah VIDEO yang bertajuk
 SYURGA UNTUKMU IBU. Sesaje saya pilih tajuk ini untuk membuatkan penonton semua kembali mengingati ibu,emak,mama dan umi anda masing-masing. Target saya untuk membuatkan anda mengalirkan air mata beserta air hidung sedikit termakbul walaupun dalam hati je, bak kata pepatah entah sape 'Dalam Hati Ada Taman'. pfttt.. 

Ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan untuk pensyarah MTE yang ayu lagi anggun iaitu, Cik Saffa Raihan kerana sudi menyumbang bakti menabur jasa dalam memberi tunjuk ajar kepada kami semua. THANK YOU juga kerana sudi melayan kerenah nakal kami yang tak berapa nak nakal ini semasa sesi pembelajaran didalam makmal (UP SIKIT MARKAH)hehe....

akhir sekali . selamat menonton ! p/s; Sediakan tisu untuk babak menangis ye.

#HARGAILAH KASIH SAYANG YANG DICURAHKAN OLEH IBUBAPA ANDA^_^

#SEMOGA KITA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH UNTUK MEREKA^0^
in sha ALLAH.....

*Sedekahkan AL-FATIHAH untuk ibubapa awak semua*
                                                               sekian.. sanah helwah!
hasil nukilan_nislygonzalez

Santai Bersama Micrososft Power Point

Assalamualaikum w.b.t
SLAID PERTAMA

SLAID KELIMA

SLAID KELAPAN

Salam hari JuMAAt semua... ini adalah tugasan subjek MTE saya. 
Saya dan kawan-kawan telah ditugaskan untuk membuat slaid persembahan power point mengikut tajuk 'suka hati korang la'.

Jadi hati dan otak saya telah meronta-ronta dan mereka bersepakat untuk memilih tajuk HARI DISIPLIN SEKOLAH.

ALHAMDULILLAH.
Berkat tunjuk ajar pensyarah saya iaitu CIK SAFFA RAIHAN ZAINAL ABIDIN serta sokongan padu dari kawan-kawan yang setia memberi panduan dan perkongsian kepada saya untuk menghasilkan slaid Secantik Ini (rujuk gambar diatas) sehingga ke titisan darah terakhir. huhu

SEKIAN , Terima kasih..
 ^o^

Wednesday 16 December 2015

POSTER-Muka Depan Majalah Islam "AL-QASSAM"


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Apa khabar antum dan antunna semua? Sihat semuanya? Alhamdulillah wa syukrulillah diatas nikmat-NYA yang tidak terhingga kepada kita semua. Moga-moga kita ini tergolong dalam golongan hamba-hamba ALLAH yang mensyukuri nikmat pemberianNYA. 

Dalam kita bergembira dan hidup dalam suasana yang tenang,harmoni dan aman ini janganlah sesekali kita melupakan akan saudara-saudara seagama dengan kita yang menjadi mangsa kezaliman pemerintah yang tamak akan harta dunia. Entah lena entah kenyang keadaan mereka di sana.Saban hari mereka menangis mengenang akan halatuju keluarga dan diri masing-masing ditambah pula dengan suasana yang kacau bilau dengan bunyi runtuhan bangunan,letupan bom serta esak tangis insan-insan yang kehilangan ahli keluarga tersayang. 

Anak-anak kecil yang masih belum sempat mengenal dunia hancur dibom oleh zionis.
Kaum ibu yang lemah diheret,disepak,ditampar dan dibunuh sesuka hati.
Pemuda-pemuda dan kaum ayah akan cuba mempertahankan ahli keluarga mereka daripada dizalimi sehabis daya yang mungkin dengan kudrat tulang empat kerat dan dengan hati yang teguh semangat perjuangannya.

Justeru itu,untuk assignment kali ini, tergerak hati saya untuk membuat satu poster (muka depan/cover page) berkenaan dengan kisah perjuangan rakyat islam di Palestin 

In sha ALLAH... Jika diberi rezeki dan umur yang panjang, saya ingin menerbitkan sendiri majalah islam yang diberi nama "AL-QASSAM" sempena nama gelaran tentera-tentera islam di bumi Palestin.Majalah ini akan menceritakan secara ekslusif akan berita-berita di bumi suci Allah.
#BERITAsegenapDIMENSI
#prayforPALESTINE
#ALQASSAMdihati

SEKIAN, TERIMA KASIH....................................................................................................^-^

Monday 30 November 2015

MTE3012-Membina Lembaran Kerja (Microsoft Excel)

Senarai Nama Pelajar
Markah Peperiksaan Pelajar
Graf Bilangan Gred Setiap Subjek

Assalamualaikum semua..
UnTUk TuGAsAn kedUa sAyA DibEri TuGasaN UntUK meNYIApkan sAtU LeMbArAn keRJa yaNg mEngANdUNgi SENARAI NAMA PELAJAR dan MAKLUMAT DIRI, SENARAI KEHADIRAN PELAJAR, MARKAH, GRED  dan GRAF.Jadi, saya perlu menyediakan maklumat untuk 22 orang pelajar berserta dengan keputusan peperiksaan mereka masing-masing. Dengan bantuan pensyarah dan kawan-kawan saya dapat menghasilkan satu lembaran kerja ini dengan jayanya.Terima kasih kepada semua yang membantu.

sekian..
see you next time.. >_<

MTE3012- SIJIL DAN MAIL MERGE BERPISAH TIADA . . .

      


KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Tajuk; Kaedah Membina Sijil Menggunakan Mel Cantum

Assalamualaikum semua..Okey, ini adalah bukti tugasan pertama subjek MTE3012AM.
Untuk tugasan ini saya perlu membuat dua jenis sijil iaitu Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan menggunakan Kaedah Mel Cantum atau dikenali sebagai Mail Merge. Jadi saya telah berjaya membina mel cantum dengan betul diatas tunjuk ajar Cik Saffa Raihan iaitu pensyarah saya dan juga sahabat-sahabat saya yang comel dan ayu belaka. Terima kasih semua kerana sudi membantu!

sekian.....
jumpa lagi......

Tuesday 24 November 2015

KEUNIKAN KELANTAN DARUL NAIM


KELANTAN NEGERI KU......

NEGERI KELANTAN dikenali dengan nama negeri serambi mekah yang berada di bawah pemerintahan ulamak.Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم; Sebutan tempatan: [klaˈtɛ]) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand . Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.


Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayumerupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.

Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, rajaKelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.

Sultan Negeri Kelantan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Menteri Besar Kelantan sekarang ialah Datuk Ahmad Yakob yang menggantikan Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas Mursyidul Am kepada parti yang memerintah negeri Kelantan.



Kelantan kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu.Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri Kelantan.Sekarang masyrakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu.Di samping itu nasi kerabu juga popular di negeri Kelantan , hanya masyarakat kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap.Terdapat pelbagai makanan yang sedap dan enak di negeri Kelantan.




TEMPAT-TEMPAT YANG MENJADI TARIKAN PELANCONG DI KELANTAN

PASAR SITI KHADIJAH


Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita Kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu.
Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar menggambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan.Berbagai jenis barangan ada dijual di antaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.
Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.
            

BAZAR BULUH KUBU

Jika anda gemar membeli barangan secara tawar-menawar, di sinilah anda patut tujui. Kompleks 3 tingkat ini dipenuhi dengan stok barangan terutama jenis kraftangan dan batik yang boleh dibawa balik sebagai ole-ole atau buah tangan di antaranya barangan jenis senjata keris dan pakaian, topi, rantai kunci, perak dan sebagainya.
Bazar Buluh Kubu merupakan tempat yang paling menarik dan boleh dianggap Pasar Seni di Kelantan. Suasana, warna dan bunyi yang boleh dinikmati di sini menampilkan keunikan Kelantan.
Pelbagai jenis makanan tradisi dan moden boleh didapati di sini. Suasananya meriah terutamanya tengahari dan petang. Bazar ini berada bersebelahan dengan Istana Balai Besar dan Pasar Besar Siti Khadijah. Bazar ini dibuka di antara 9.00 pagi hingga 7.00 petang setiap hari.

Bukan sekadar tempat membeli belah, tetapi makanan disini amat berlainan dengan negeri - negeri yang lain. Seperti,NASI DAGANG,KUIH CEK MEK MOLEK,NASI KERABU,KUIH AKOK,TEPUNG PELITA dan sebagainya. Masakan Kelantan sememangnya menawarkan keenakan yang tiada tandingan.Contoh gambar makanan makanan tersebut.


                                                                      Nasi Dagang
                                                           Kuih Cek Mek Molek
                                                                Nasi Kerabu
                                                                 Kuih Akok Comel
                                                                    Tepung Pelita

Terdapat banyak restoran dan gerai makanan di sekitar bandar Kota Bharu serta pekan-pekan yang lain. Boleh dikatakan hampir di setiap lorong terdapat penjaja-penjaja yang menjual berbagai makanan dan snek. Pekan Cina di persimpangan Jalan Padang Garong dan Pengkalan Chepa mempunyai gerai-gerai makanan yang menyajikan berbagai makanan Cina yang lazat.
Menjamu selera di gerai-gerai makanan terbuka telah menjadi satu kelaziman bagi penduduk Malaysia. Gerai-gerai makan di Padang Bas, Kota Bharu memang amat popular dengan hidangan makanan tempatannya dari jam 6 petang sehingga ke larut malam.
 
PASAR WAKAF CHE YEH 
(pasar malam yang beroperasi hingga ke pagi)


MUZIUM DAN MONUMEN BERSEJARAH NEGERI KELANTAN, 
KOTA SULTAN ISMAIL PETRA

TAMAN AIR SPLASH DI TAMAN INDERA PETRA


JAMBATAN KERETA API GUILLEMARD

GUNUNG STONG, DABONG

PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)

PANTAI BISIKAN BAYU

MUTIARA TOK BALI

KAWASAN BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBOR


JOM PAKAT G BERCUTI DI KLATE!


SEKIAN . . . . .

CREDIT TO KELANTAN.NET