ZIKIR

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAHALLAHUAKBAR LA ILA HA ILLA ALLAH

Thursday 17 December 2015

KHAS UNTUK MYFANS >> MOVIE MAKER "SYURGA UNTUKMU IBU"



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT,KAWAN.TEMAN SEMUA ....
untuk tugasan MTE3012 kali ini ialah mencipta Movie Maker.

Terdetik di mainan fikiran saya untuk menghasilkan sebuah VIDEO yang bertajuk
 SYURGA UNTUKMU IBU. Sesaje saya pilih tajuk ini untuk membuatkan penonton semua kembali mengingati ibu,emak,mama dan umi anda masing-masing. Target saya untuk membuatkan anda mengalirkan air mata beserta air hidung sedikit termakbul walaupun dalam hati je, bak kata pepatah entah sape 'Dalam Hati Ada Taman'. pfttt.. 

Ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan untuk pensyarah MTE yang ayu lagi anggun iaitu, Cik Saffa Raihan kerana sudi menyumbang bakti menabur jasa dalam memberi tunjuk ajar kepada kami semua. THANK YOU juga kerana sudi melayan kerenah nakal kami yang tak berapa nak nakal ini semasa sesi pembelajaran didalam makmal (UP SIKIT MARKAH)hehe....

akhir sekali . selamat menonton ! p/s; Sediakan tisu untuk babak menangis ye.

#HARGAILAH KASIH SAYANG YANG DICURAHKAN OLEH IBUBAPA ANDA^_^

#SEMOGA KITA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH UNTUK MEREKA^0^
in sha ALLAH.....

*Sedekahkan AL-FATIHAH untuk ibubapa awak semua*
                                                               sekian.. sanah helwah!
hasil nukilan_nislygonzalez

Santai Bersama Micrososft Power Point

Assalamualaikum w.b.t
SLAID PERTAMA

SLAID KELIMA

SLAID KELAPAN

Salam hari JuMAAt semua... ini adalah tugasan subjek MTE saya. 
Saya dan kawan-kawan telah ditugaskan untuk membuat slaid persembahan power point mengikut tajuk 'suka hati korang la'.

Jadi hati dan otak saya telah meronta-ronta dan mereka bersepakat untuk memilih tajuk HARI DISIPLIN SEKOLAH.

ALHAMDULILLAH.
Berkat tunjuk ajar pensyarah saya iaitu CIK SAFFA RAIHAN ZAINAL ABIDIN serta sokongan padu dari kawan-kawan yang setia memberi panduan dan perkongsian kepada saya untuk menghasilkan slaid Secantik Ini (rujuk gambar diatas) sehingga ke titisan darah terakhir. huhu

SEKIAN , Terima kasih..
 ^o^

Wednesday 16 December 2015

POSTER-Muka Depan Majalah Islam "AL-QASSAM"


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Apa khabar antum dan antunna semua? Sihat semuanya? Alhamdulillah wa syukrulillah diatas nikmat-NYA yang tidak terhingga kepada kita semua. Moga-moga kita ini tergolong dalam golongan hamba-hamba ALLAH yang mensyukuri nikmat pemberianNYA. 

Dalam kita bergembira dan hidup dalam suasana yang tenang,harmoni dan aman ini janganlah sesekali kita melupakan akan saudara-saudara seagama dengan kita yang menjadi mangsa kezaliman pemerintah yang tamak akan harta dunia. Entah lena entah kenyang keadaan mereka di sana.Saban hari mereka menangis mengenang akan halatuju keluarga dan diri masing-masing ditambah pula dengan suasana yang kacau bilau dengan bunyi runtuhan bangunan,letupan bom serta esak tangis insan-insan yang kehilangan ahli keluarga tersayang. 

Anak-anak kecil yang masih belum sempat mengenal dunia hancur dibom oleh zionis.
Kaum ibu yang lemah diheret,disepak,ditampar dan dibunuh sesuka hati.
Pemuda-pemuda dan kaum ayah akan cuba mempertahankan ahli keluarga mereka daripada dizalimi sehabis daya yang mungkin dengan kudrat tulang empat kerat dan dengan hati yang teguh semangat perjuangannya.

Justeru itu,untuk assignment kali ini, tergerak hati saya untuk membuat satu poster (muka depan/cover page) berkenaan dengan kisah perjuangan rakyat islam di Palestin 

In sha ALLAH... Jika diberi rezeki dan umur yang panjang, saya ingin menerbitkan sendiri majalah islam yang diberi nama "AL-QASSAM" sempena nama gelaran tentera-tentera islam di bumi Palestin.Majalah ini akan menceritakan secara ekslusif akan berita-berita di bumi suci Allah.
#BERITAsegenapDIMENSI
#prayforPALESTINE
#ALQASSAMdihati

SEKIAN, TERIMA KASIH....................................................................................................^-^