ZIKIR

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAHALLAHUAKBAR LA ILA HA ILLA ALLAH

Tuesday 24 November 2015

PETUA KECANTIKAN

Berikut adalah petua-petua kecantikan yang boleh anda amalkan setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan atau setahun sekali.HeHe. Tapi APA YANG PENTING disini selain daripada petua-petua yang tercoret dibawah ini,  makcik-makcik dan pembaca-pembaca juga boleh mengamalkan petua kecantikan mengikut kaedah islam iaitu selepas bangun pagi minum air suam terlebih dahulu time dia sebelum makan dan gosok gigi.Baca selawat ke atas NABI MUHAMMAD SAW sebanyak 3x atau 7x dan urut muka bermula dari bahagian bawah dan keatas.Seterusnya jika masa free bacalah surah YUSUF setiap pagi,Jangan stress-stress dan prbanyakkan senyuman.Okey? KEEP SMILE FANS.. WISH YOU HAPPINESS!
BERIKUT ADALAH PETUA-PETUA KECANTIKAN YANG ASLI LAGI ORIGINAL TIADA BAHAN PENGAWET ;

1. Timun

Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan anda cukup tidur ya?), mengecilkan rongga kulit dan merawat sunburn. Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram.
Cara guna: Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata.

2. Teh Hijau 

Anda suka minum teh? Pernah cuba teh hijau?
Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang lak uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda.
Cara guna: Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit ( jangan lah letak uncang teh panas-panas tu di mata pulak. Tak pasal-pasal lak terbakor mata tu hehehe). Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.

Baca Juga : 7 Tips Lenyapkan Mata Panda 

 3. Air beras

Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh beras?
Air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan proses penuaan. Ini adalah tip kecantikan klasik geishas di Jepun.
Cara guna: Ambil kapas dan rendamkan dalam air berus dan sapu kapas ke muka sebagai toner atau pelembab wajah. Itu aje. Senang kan?

4.Kunyit

Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik dan scrub muka.
Cara guna: Hanya serbuk kunyit dengan susu dan sapu dibahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu. Karang tak pasal-pasal jadi macam alien warna kuning hehehe.

5. Arang

Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.
Cara guna: Caranya mudah aje. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari ( jangan makan tau).
Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.

Baca Juga : Rahsia 5 Teknik Masakan Untuk Kuruskan Badan

6. Minyak kelapa

Dulu-dulu nenek kita selalu buat minyak kelapa sendiri kan ? Selain untuk memasak minyak kelapa ini sangat best untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan gatal-gatal, minyak kelapa juga boleh digunakan.
Cara guna: Hanya sapu pada rambut dan kulit yang bermasalah. Siapa yang dah memang kulit berminyak jangan nak try lak ya. Karang ada yang digelar wanita minyak hehehe.

7. Oat

Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.
Cara guna: Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran: Jangan buat masa lapar nanti oat tu masuk mulut lak.

8. Lidah buaya atau Aloa Vera

aloe vera gel benefits
Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.
Cara guna: Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. murah dan sangat mudah.
okey.Dah habis baca kan? so, how do you feel? no feelings? haha.just joking. Mudah dan senang bukan?Jadi apa tunggu lagi? grab it now! 
bye,ASSALAMUALAIKUM 

No comments:

Post a Comment