ZIKIR

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAHALLAHUAKBAR LA ILA HA ILLA ALLAH

Tuesday 24 November 2015

AL-QURAN DAN SAINS


Sains adalah penemuan berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh manusia. Secara amnya, penemuan-penemuan yang sahihtentang kejadian alam semesta ini tidak akan sekali-kali bercanggah dengan apa yang terkandung di dalam AL-QURAN. Dr. Maurice Bucalle telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Le Bible, le caron et la Science. Dalam buku itu, beliau membandingkan ayat-ayat tentang sains dalam bible dan dalam AL-QURAN. Beliau mendapati ayat sains dalam AL-QURAN tidak bercanggah langsung dengan kajian serta penemuan penemuan sains. AL-QURAN diturunkan kepada kita untuk dijadikan petunjuk supaya kita mendapat penjelasan tentang setiap suatu kesulitan sepertimana firman ALLAH SWT dalam surah An-Nahl ayat ; 89 yang bermaksud "Dan kami turunkan kepadamu AL-QURAN bagi menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang islam". AL-QURAN bukan hanya kitab yang mrnceritakan tentang hukum-hakam agama,tetapi ia juga menceritakan tentang sains.

PENCIPTAAN ALAM SEMESTAPenciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik angkasa) sebagai satu fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai ´Big Bang.´ Ia disokong oleh data yang diperoleh daripada pemerhatian dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak berdekad-dekad lamanya. Menurut ´Big Bang´, seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas). 

Kemudian terjadi ´Big Bang´ (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan galaksi-galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak sengaja adalah sifar. 

Al-Quran mengandungi ayat berikut, berkenaan asal kejadian alam semesta: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?” (surah Al-Anbiyaa´: 30) 

Persamaan di antara ayat Al-Quran dengan teori Big Bang tidak dapat dinafikan lagi. Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir Arab 1400 tahun lalu, mengandungi fakta sains begini?


TEORI BIG BANG


ANTARA BUKTI LAIN ILMU SAINS YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN
                                                           



No comments:

Post a Comment