ZIKIR

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAHALLAHUAKBAR LA ILA HA ILLA ALLAH

Saturday 21 November 2015

PALESTIN BUMI BARAKAH


Bumi Barakah Palestin
SEORANG lelaki tua yang sedang duduk beristirehat di Masjidil Aqsa didatangi oleh wakil dari sebuah pertubuhan Yahudi.

Mereka bertanyakan lelaki berusia 90 tahun itu sama ada beliau berhasrat menjual tanahnya kepada orang Yahudi.

"Wahai orang tua, mahukah engkau menjualkan tanah milik kamu ini kepada orang Yahudi?" Lelaki tua itu pun menjawab: "Ya boleh. Tetapi ada satu syarat yang mesti kamu penuhi.

"Kamu mesti mendapatkan persetujuan untuk menjual tanah ini daripada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini dan kamu juga mesti mendapatkan persetujuan daripada setiap bayi umat Islam yang akan lahir selepas ini." 

Lalu wakil pertubuhan Yahudi tersebut berkata, "Ini adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Bagaimana akan kami dapatkan tandatangan-tandatangan tersebut?"

Lantas orang tua Palestin itu pun menjawab: "Begitulah mustahilnya bagi aku untuk menjual tanah ini kepada kamu."

Gambaran itu diberikan oleh seorang pejuang pembebasan Al-Quds dan Al-Aqsa, Sheikh Raed Solah pada satu temubual eksklusif dengan Bernama.
Kaum wanita Palestin yang berani berjuang

   

Hak mutlak seluruh umat Islam
   
Ia menunjukkan bahawa Baitulmaqdis (Al-Quds) dan Masjidil Aqsa bukanlah hak milik mutlak rakyat Palestin sahaja tetapi adalah milik seluruh umat Islam dan menjadi hak mereka seluruhnya untuk memperjuang dan mempertahankannya.

Atas komitmen ini jugalah yang membawa Sheikh Raed Solah ke Malaysia untuk berucap pada seminar "Selamatkan Masjid Al-Aqsa daripada Ancaman Zionis" (SESMAZ) di Putrajaya, baru-baru ini.

Isu Palestin adalah satu isu yang sangat panjang sejarahnya, merentasi beberapa tamadun manusia dan menyelusuri beberapa era.

Ia bukan hanya berlaku dalam dekad yang terakhir ini, tetapi isu Palestin telahpun mula “dimainkan” sejak ribuan tahun yang lepas.

Isu bermula apabila berlaku pertembungan kuasa di bumi Palestin daripada satu kuasa besar ke satu kuasa besar yang lain. Antaranya ialah kerajaan Parsi, Rom, Tentera Islam, Tentera Salib (The Crusaders), Tentera Tatar (Mongol) dan penjajahan Britain.

Menurut Perunding Aman Palestin, Prof Madya Dr Zainur Rashid, dalam Deklarasi Balfour 1917 iaitu selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama, kerajaan Britain membuat keputusan untuk memberi sokongan terhadap pembentukan sebuah negara yang dikhususkan untuk orang Yahudi di bumi Palestin dikenali sebagai Israel.

Aman Palestin ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan berpangkalan di Malaysia, yang ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk rakyat Palestin.

Britain adalah kuasa besar dunia pada ketika itu dan telah menjadi kuda tunggangan Zionis sebelum takhta kuasa besar dunia bertukar tangan kepada Amerika Syarikat (AS).  

Beliau menyatakan bahawa agenda ini telah dirancang oleh Zionis antarabangsa yang mana pengasas Neo-Zionism, Theodore Herzl, adalah individu yang bertanggungjawab ke atas penubuhan negara Israel.
Tentera Briged Al-Qassam

No comments:

Post a Comment